BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

pengikot tegar!!

31 Disember, 2010

2011..toLong iZinkan aKu BahaGia

tarikh: 1.1.2011
waktu: 11.19 am (tika jari semakin pantas menaip)
hari: sabtu
mood: sastera

terasa begitu nyaman sekali angin tahun 2011 ini
entah kenapa..mata ini juga seperti mengiyakan perjalanan hari yg baru ini
aku terbangun sendiri..
ahh mudahnya...andai setiap hari terasa seperti hari ini
terus ku berbicara sendiri..

teringat kenangan semalam
menyambut tahun baru bersama tersayang
mungkin itu yg membuatku begitu bersemangat hari ini
rindunya bukan kepalang!

ohh 2011...
tolong biarkan aku di ulit mimpi indah ini setiap hari
aku tidak ingin lg bangun bersama duka
biarkan 2010 menjadi titik hitam penuh luka dan lara

tak mungkin ku lupa..
kisah cinta..kisah teman-teman...hidup menjadi sandaran!
terasa begitu kecil diri ini tika itu
andai mampu ku cabut nyawaku sendiri..
Subhanallah..!

cinta yg sia-sia..
hanya itu yg mampu ku ungkap
pabila diri ini terasa di khianati..
mudahnya kau melafaz sayang
kpd keduanya dlm satu masa!

teman yg tiada erti
mudahnya kalian menyisihkan aku
walau tanpa bukti
walau tanpa kalian ketahui
perit jerih hidup yg terpaksa ku tanggung seorang diri!

tahun 2010...terima kasih kerana menyedarkan aku
erti sebenar cinta..erti sebenar seorang kawan
terima kasih juga kepadanya
kerana memberikan aku
suatu kenangan abadi
desiran pantai dan ombak
yg datang walaupun sesaat cuma
aku terasa sedikit bahagia!

aku tinggalkan semua...
pergi kasih pergilah sayang
aku bangun di hari yg baru
hanya cinta ku ulit tiada henti

cinta..
buktikan padaku
dirimu penuh erti
tunjukkan padaku
tidak kan sesal dirimu ku beri
peluang sekali ini..

izinkan aku bahagia...
tinggalkan aku jika ingin memberi derita
sedarkan aku andai ku leka di buai mimpi
ingatkan aku bahawa hidup ini suatu realiti!
bimbinglah aku menuju jalan yg pasti!!


 




0 komen peminat...haha: